Tuesday, May 11, 2010

PEMERIKSAAN KHAS LINUS OLEH JEMAAH NAZIR BERSAMA JPN DAN PPD

LOKASI : PPD HULU LANGAT

OBJEKTIF:

1. Membuat Verifikasi Data dan pencapaian Program LINUS

2. Sejauhmana pihak sekolah telah menguruskan program LINUS

3. Sejauhmana guru-guru dapat melaksanakan P&P tentang Literasi dan Numerasi di
sekolah.

Tarikh ; 10 - 13 Mei 2010

Sasaran : 36 buah Sekolah di PPD Hulu Langat


Pegawai Meja JPN Selangor Program Linus (Numerasi) : En.Manan Bin Pendek

PERLEMBAGAAN PPSMS

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SELANGOR
NO.PENDAFTARAN : 5903/96(Sel)

1. NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik
Selangor atau disebut 'PPSMS'

2. TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan PPSMS adalah di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Jalan
Jambu Bol 4/3E, 40604 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

3. TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan-tujuan dan matlamat-matlat 'PPSMS' ialah untuk:

a) Memupuk kemajuan pendidikan Sains dan Matematik di Selangor

b) Menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal pendidikan, ikthisas, sosial dan
kebudayaan dikalangan ahli.

c) Memberi satu saluran berkuasa kepada guru-guru Sains dan matematik untuk
menyuarakan pendapatnya berkaitan dengan hal-hal pendidikan.

d) Mengadakan satu alat perhubungan antara orang perseorangan dan badan-badan
yang berminat terhadap Sains dan Matematik.

4. KEAHLIAN

4.1 Ada lima jenis keahlian.

(a) Keahlian Biasa yang terbuka kepada semua para guru yang mengajar Sains
dan Matematik di sekolah atau guru-guru Sains dan Matematik yang sedang
dipinjamkan kepada badan-badan berkanun yang terlibat dalam pengajaran
Sains dan Matematik di Negeri Selangor atau pegawai-pegawai yang
terlibat dengan Jabatan Pelajaran negeri Selangor.


(b) Keahlian Sekutu yang terbuka kepada individu-individu (selain daripada
yang disebutkan dalam perenggan 4.1(a) yang berminat terhadap kemajuan
pendidikan Sains dan Matematik

(c) Keahlian Institusi yang terbuka kepada semua sekolah atau yayasan
Pendidikan Tinggi di negeri Selangor yang mendapat bantuan Kementerian
Pelajaran Malaysia

(d) Keahlian Kehormat mungkin dianugerahkan kepada individu-individu yang
pernah memberi perkhidmatan cemerlang terhadap pendidikan Sains dan
Matematik.

(e) Keahlian Seumur Hidup yang terbuka kepada mereka yang layak untuk
menjadi ahli biasa,sekutu atau institusi tetapi telah memilih untuk
menjadi ahli seumur hidup.

4.2 Seorang ahli biasa yang menamatkan pengajaranya di sekolah atau badan
berkanun yang tersebut dalam 4.1 (a), dengan sendiri akan lucut
keahlinya sebagai ahli biasa.

4.3 Ahli-ahli hendaklah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas

4.4 Ahli-ahli yang tidak layak menjadi ahli biasa boleh menjadi ahli
sekutu.

4.5 Permohonan untuk menjadi ahli harus dibuat dengan borang kemasukan dan
kemudian dihantar kepada Setiausaha Kehormat.

4.6 Semua permohonan untuk menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Kerja Tertinggi yang memegang kuasa muktamad dalam
pengesahan permohonan tersebut.

5. BAYARAN MASUK DAN YURAN AHLI

A. YURAN TAHUNAN:

1. Ahli Biasa ialah RM 5.00 ( Ringgit Lima sahaja )

2. Ahli Sekutu ialah RM 3.00 ( Ringgit Tiga sahaja )

3. Ahli Institusi ialah RM 10.00 ( Ringgit Sepuluh sahaja )

Yuran tersebut perlu dijelaskan pada permulaaan setiap tahun.

B. YURAN UNTUK AHLI SEUMUR HIDUP

1. Ahli biasa seumur hidup ialah RM 50.00 ( Ringgit Limapuluh sahaja )

2. Ahli sekutu ialah RM 30.00 ( Ringgit Tigapuluh sahaja )

3.Ahli Institusi ialah RM 100.00 ( Ringgit Seratus sahaja )

6. BIRO-BIRO PERSATUAN

1. BIRO PROFESIONALISME

2. BIRO KEBAJIKAN

3. BIRO EKONOMI

4. BIRO PENERBITAN

AKTIVITI AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2010

1. Program CD-T akan dikembangkan ke Sekolah Rendah. Bahan P&P untuk CD-T telah
disediakan dan akan dimurnikan pada bulan Jun 2010.
2. Program Peningkatan Akademik (PPPA) untuk UPSR,PMR dan SPM Sains & matematik
yang merupakan latihan kepada murid-murid akan disediakan. PPPA ini merupakan set-set
latihan mengikut format sebenar UPSR,PMR & SPM sebagai persediaan calon/murid
menghadapi peperiksaan.
3. Bengkel Kecemerlangan UPSR &PMR. - PPSMS akan melaksanakan Bengkel Kecemerlangan
yang berfokus kepada teknik menjawab. PPSMS mempunyai guru-guru yang
berkemahiran & berpengalaman dalam mengendalikan bengkel kecemerlangan. PPSMS
menyediakan 2 kaedah bengkel ini:

i) Sekolah menyediakan murid,tempat, makan minum & peralatan PA sistem, PPSMS
menyediakan penceramah & bahan bengkel. 1 hari 1 mata pelajaran.

ii) PPSMS menyediakan tempat, makan dan minum, penceramah, bahan. 1 hari 1 mata
pelajaran. Sekolah hantar murid. Bayaran RM 25.00/orang. Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Cikgu Mohd Nasir Bin Mohd Nor ( H/P: 013-3506312)

4. Kursus-kursus peningkatan Profesionalisme kepada ahli-ahli PPSMS. Kursus-kursus yang
dicadangkan ialah:

a) Kursus lanjutan/asas GSP guru-guru Matematik
b) Kursus Kalkulator Grafik bagi guru-guru Sains & Matematik
c) Kursus Pembinaan bahan-bahan P&P CD-T dan LINUS

Monday, May 10, 2010

Seminar Mei 2010

Pendaftaran di Tingkat 7



Pendaftaran di Tingkat 9






Seminar bertajuk : PETROSAINS DAN ANDA oleh Petronsains Sdn.Bhd.Petronas Twin Tower,Suria KLCC pada 8Mei 2010 (Sabtu) di bangunan UMNO Selangor









Seminar bertajuk : Transformasi Pentaksiran ,Sejauh mana anda menyertai oleh Dr.Haji Khodori Bin Ahmad mantan Tim.Pengarah LPM, KPM pada 8 Mei 2010 (Sabtu) di Bangunan UMNO Selangor





PESERTA SEDANG MENGHADIRI SEMINAR : TRANSFORMASI PENTAKSIRAN, SEJAUH MANA ANDA MENYERTAINYA OLEH DR.HJ.KHODORI BIN AHMAD , MANTAN TIMB. PENGARAH LPM.KPM DAN PETROSAINS



MESYUARAT AGUNG PPSMS KALI KE 9 SESI 2010 - 2012


Mesyuarat Agung PPSMS kali ke 9 Sesi 2010-2012 dilaksanakan pada 8 Mei 2010 (Sabtu)

1.YDP dan Setiausaha Kehormat PPSMS 2.Ucapan Perasmian oleh Wakil Pengarah JPNS


Perlantikan AJK Baru Bagi Sesi 2010-2012 dilaksanakan pada 8 Mei 2010 (Sabtu)

Thursday, April 22, 2010

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PPSMS KALI KE 9

Tarikh: 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor,
Persiaran Perbandaran,
4000, SHah Alam, Selangor

Masa Pendaftaran : 8.00 pagi

Agenda:
1 Ucapan Yang Dipertua PPSMS
2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PPSMS Kali Ke 8
3 Membentang dan Menerima Penyata Tahunan PPSMS
4 Perkara Berbangkit
5 Pembubaran Jawatankuasa PPSMS Sesi 2008/2010
6 Memilih Jawatankuasa PPSMS Sesi 2010-2012
7 Ucapan Yang DiPertua PPSMS 2010/2012
8 Usul dan Cadangan
9 Ucapan Penangguhan

Sunday, March 28, 2010

Perutusan Yang DiPertua PPSMS

















Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua ahli PPSMS. PPSMS akan mengadakan mesyuarat Agung bagi pemilihan JK baru pada 8 Mei 2010 di Tingkat 9, Bangunan UMNO Shah Alam. Sempena dengan mesyuarat tersebut, dua seminar akan diadakan iaitu, seminar peningkatan P&P Sains dan seminar berkaitan Transformasi pentaksiran, sejauh mana guru-guru menghayati. Saya selaku YDP menjemput ahli-ahli PPSMS hadir.
Sepanjang saya memegang jawatan YDP, 2008-2010 beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu: bersama JPS melancarkan CD-T Sains dan Matematik Menengah Rendah, membina bahan CD_T Sekolah Rendah, bersama JPS menyediakan soalan latihan PMR Sains dan Matematik dalam CD. Seminar UPSR dan PMR untuk murid tidak dapat dilaksanakan disebabkan masalah kewangan. Harapan saya agar JK yangh baru nanti akn terus menggerakan PPSMS terutamanya dalam membantu sekolah untuk peningkatan prestasi Akademik selaras dengan hasrat KPM, iaitu Program LINUS dan SBT.

Sekian, terima kasih

Bahrudin Mustar
YDP PPSMS 2008-2010