Tuesday, May 11, 2010

PERLEMBAGAAN PPSMS

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SELANGOR
NO.PENDAFTARAN : 5903/96(Sel)

1. NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik
Selangor atau disebut 'PPSMS'

2. TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan PPSMS adalah di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Jalan
Jambu Bol 4/3E, 40604 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

3. TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan-tujuan dan matlamat-matlat 'PPSMS' ialah untuk:

a) Memupuk kemajuan pendidikan Sains dan Matematik di Selangor

b) Menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal pendidikan, ikthisas, sosial dan
kebudayaan dikalangan ahli.

c) Memberi satu saluran berkuasa kepada guru-guru Sains dan matematik untuk
menyuarakan pendapatnya berkaitan dengan hal-hal pendidikan.

d) Mengadakan satu alat perhubungan antara orang perseorangan dan badan-badan
yang berminat terhadap Sains dan Matematik.

4. KEAHLIAN

4.1 Ada lima jenis keahlian.

(a) Keahlian Biasa yang terbuka kepada semua para guru yang mengajar Sains
dan Matematik di sekolah atau guru-guru Sains dan Matematik yang sedang
dipinjamkan kepada badan-badan berkanun yang terlibat dalam pengajaran
Sains dan Matematik di Negeri Selangor atau pegawai-pegawai yang
terlibat dengan Jabatan Pelajaran negeri Selangor.


(b) Keahlian Sekutu yang terbuka kepada individu-individu (selain daripada
yang disebutkan dalam perenggan 4.1(a) yang berminat terhadap kemajuan
pendidikan Sains dan Matematik

(c) Keahlian Institusi yang terbuka kepada semua sekolah atau yayasan
Pendidikan Tinggi di negeri Selangor yang mendapat bantuan Kementerian
Pelajaran Malaysia

(d) Keahlian Kehormat mungkin dianugerahkan kepada individu-individu yang
pernah memberi perkhidmatan cemerlang terhadap pendidikan Sains dan
Matematik.

(e) Keahlian Seumur Hidup yang terbuka kepada mereka yang layak untuk
menjadi ahli biasa,sekutu atau institusi tetapi telah memilih untuk
menjadi ahli seumur hidup.

4.2 Seorang ahli biasa yang menamatkan pengajaranya di sekolah atau badan
berkanun yang tersebut dalam 4.1 (a), dengan sendiri akan lucut
keahlinya sebagai ahli biasa.

4.3 Ahli-ahli hendaklah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas

4.4 Ahli-ahli yang tidak layak menjadi ahli biasa boleh menjadi ahli
sekutu.

4.5 Permohonan untuk menjadi ahli harus dibuat dengan borang kemasukan dan
kemudian dihantar kepada Setiausaha Kehormat.

4.6 Semua permohonan untuk menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Kerja Tertinggi yang memegang kuasa muktamad dalam
pengesahan permohonan tersebut.

5. BAYARAN MASUK DAN YURAN AHLI

A. YURAN TAHUNAN:

1. Ahli Biasa ialah RM 5.00 ( Ringgit Lima sahaja )

2. Ahli Sekutu ialah RM 3.00 ( Ringgit Tiga sahaja )

3. Ahli Institusi ialah RM 10.00 ( Ringgit Sepuluh sahaja )

Yuran tersebut perlu dijelaskan pada permulaaan setiap tahun.

B. YURAN UNTUK AHLI SEUMUR HIDUP

1. Ahli biasa seumur hidup ialah RM 50.00 ( Ringgit Limapuluh sahaja )

2. Ahli sekutu ialah RM 30.00 ( Ringgit Tigapuluh sahaja )

3.Ahli Institusi ialah RM 100.00 ( Ringgit Seratus sahaja )

6. BIRO-BIRO PERSATUAN

1. BIRO PROFESIONALISME

2. BIRO KEBAJIKAN

3. BIRO EKONOMI

4. BIRO PENERBITAN

No comments:

Post a Comment