Tuesday, May 11, 2010

AKTIVITI AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2010

1. Program CD-T akan dikembangkan ke Sekolah Rendah. Bahan P&P untuk CD-T telah
disediakan dan akan dimurnikan pada bulan Jun 2010.
2. Program Peningkatan Akademik (PPPA) untuk UPSR,PMR dan SPM Sains & matematik
yang merupakan latihan kepada murid-murid akan disediakan. PPPA ini merupakan set-set
latihan mengikut format sebenar UPSR,PMR & SPM sebagai persediaan calon/murid
menghadapi peperiksaan.
3. Bengkel Kecemerlangan UPSR &PMR. - PPSMS akan melaksanakan Bengkel Kecemerlangan
yang berfokus kepada teknik menjawab. PPSMS mempunyai guru-guru yang
berkemahiran & berpengalaman dalam mengendalikan bengkel kecemerlangan. PPSMS
menyediakan 2 kaedah bengkel ini:

i) Sekolah menyediakan murid,tempat, makan minum & peralatan PA sistem, PPSMS
menyediakan penceramah & bahan bengkel. 1 hari 1 mata pelajaran.

ii) PPSMS menyediakan tempat, makan dan minum, penceramah, bahan. 1 hari 1 mata
pelajaran. Sekolah hantar murid. Bayaran RM 25.00/orang. Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Cikgu Mohd Nasir Bin Mohd Nor ( H/P: 013-3506312)

4. Kursus-kursus peningkatan Profesionalisme kepada ahli-ahli PPSMS. Kursus-kursus yang
dicadangkan ialah:

a) Kursus lanjutan/asas GSP guru-guru Matematik
b) Kursus Kalkulator Grafik bagi guru-guru Sains & Matematik
c) Kursus Pembinaan bahan-bahan P&P CD-T dan LINUS

No comments:

Post a Comment